• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 May 2026 | 10:09 AM

JPJ Kuching Periksa 727 Kenderaan, Sita 8 Kenderaan Dalam Ops Motosikal & PEWA

KUCHING - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Unit Operasi JPJ Kuching telah menjalankan Ops Motosikal dan Ops Pemandu Warga Asing (PEWA) di sekitar bandaraya Kuching dan Jalan Datuk Haji Daud Abdul Rahman, pada Khamis 14 Mei.

Operasi yang melibatkan rondaan dan penguatkuasaan statik ini bertujuan mempertingkatkan tahap keselamatan jalan raya secara menyeluruh.

Menurut hantaran di Facebook rasmi JPJ Negeri Sarawak, dalam operasi tersebut, sebanyak 727 buah kenderaan telah diperiksa oleh anggota bertugas.

Hasil pemeriksaan mendedahkan pelbagai pelanggaran undang-undang, termasuk pemanduan tanpa lesen, lesen tamat tempoh, kegagalan memakai tali pinggang keledar, serta membawa muatan secara berbahaya yang boleh mengancam keselamatan pengguna lain.

Pihak JPJ turut mengambil tindakan menyita lima buah motosikal dan tiga buah kereta.

Tindakan sitaan tersebut berpunca daripada kesalahan pemandu warga asing yang tidak memiliki lesen memandu, serta kenderaan yang mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh tanpa perlindungan insurans.

JPJ Sarawak menegaskan akan terus mempergiatkan penguatkuasaan tanpa kompromi demi kesejahteraan semua pengguna jalan raya.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JPJSarawak #OpsPEWA #OpsMotosikal #KeselamatanJalanRaya

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok