• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 May 2026 | 07:11 PM

Kisah Lagenda Masyarakat Kayan ‘Belawan Burieng’, Warnai Festival SHFF 2026

KUCHING – Kisah lagenda masyarakat Kayan “Belawan Burieng”, bakal menjadi antara tarikan utama sempena penganjuran Sarawak Harvest & Folklore Festival (SHFF) 2026 yang akan berlangsung minggu hadapan di Kuching.

Mengangkat kisah keberanian dan kebanggaan terhadap identiti Sarawak, pementasan tersebut akan dipersembahkan dalam bentuk muzikal dengan menampilkan ramai bakat tempatan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, SHFF akan diadakan pada 23 dan 24 Mei ini di Kampung Budaya Sarawak.

Beliau berkata, penganjuran SHFF bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya merupakan sebuah perayaan yang meraikan perpaduan, kepelbagaian budaya serta hala tuju masa depan masyarakat Sarawak.

Dengan tema “Meraikan Warisan dan Mengilhamkan Masa Depan”, SHFF mencerminkan usaha Sarawak dalam menghargai warisan silam secara menyeluruh, selain menggalakkan penyertaan generasi muda untuk memelihara dan meneruskan tradisi.

Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memberikan pengalaman yang menarik kepada para pengunjung yang hadir memeriahkan SHFF tahun ini.

Selain kisah lagenda “Belawan Burieng”, antara aktiviti lain yang turut diadakan termasuk persembahan tarian dan muzik tradisional, pameran masakan etnik serta permainan tradisional yang mencerminkan kepelbagaian budaya tempatan.

Menurut beliau, penganjuran SHFF merupakan sebahagian daripada inisiatif kementerian dalam memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi pilihan utama bagi acara kebudayaan dan pelancongan di rantau ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media festival tersebut di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok