BETONG - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun dalam satu operasi Ops Tapis Khas yang dijalankan di daerah ini, pada Selasa 12 Mei.
Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek dalam satu kenyataan, memaklumkan tangkapan dilakukan kira-kira jam 12.40 tengah hari selepas suspek disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.
Jelasnya, walaupun suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama bagi penyalahgunaan dadah.
Jika sabit kesalahan, suspek berhadapan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun.
Pihak polis menegaskan komitmen tinggi untuk membanteras gejala dadah di Betong tanpa kompromi.
Sumber: fb Ibu Pejabat Polis Daerah Betong
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDBetong #OpsTapisKhas #KatakanTidakKepadaDadah
Back