KUCHING - Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak hari ini mengesahkan bahawa gambar berkaitan Jambatan Batang Lupar 1 yang sedang tular dan dikongsikan secara meluas di pelbagai platform media sosial adalah palsu.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, JKR Sarawak menasihatkan orang ramai agar menghentikan serta-merta penyebaran gambar atau maklumat yang belum disahkan kesahihannya.
Tegasnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu dibimbangi boleh mencetuskan kekeliruan, salah faham, dan spekulasi tidak tepat dalam kalangan masyarakat mengenai status projek tersebut.
Bagi mengelakkan manipulasi maklumat, orang ramai disarankan untuk sentiasa merujuk kepada saluran dan laman media sosial rasmi JKR Sarawak.
Ini bagi memastikan setiap berita, pengesahan, dan perkembangan terbaharu mengenai projek pembangunan di bawah seliaan jabatan adalah sahih dan tepat.
Sumber: fb Jabatan Kerja Raya Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JKRSarawak #JambatanBatangLupari1 #SemakFakta #BeritaPalsu #TidakPastiJanganKongsi
Back