• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 May 2026 | 02:01 PM

Sarawak Jadi Tumpuan Serantau, SIAC 2026 Himpun Pakar Impak Sosial Dunia

Kuching – Penganjuran Persidangan dan Pameran Penilaian Impak Sosial (SIAC) 2026 di Kuching, disifatkan sebagai wadah penting dalam memperkukuh dialog dasar berkaitan Penilaian Impak Sosial (SIA).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penganjurannya di Kuching secara tidak langsung menjadi platform khusus pertama seumpamanya di rantau ini.

Menurut beliau, persidangan itu akan menekankan peranan SIA selaras dengan agenda pembangunan mampan, terutama dalam konteks transformasi bandar serta pertumbuhan sektor perindustrian.

Selain itu, SIAC 2026 juga akan memperkukuh penyertaan komuniti di peringkat serantau, bagi menggalakkan kerjasama erat antara pihak berkepentingan dalam pengurusan impak sosial.

Katanya, penyertaan Sarawak menerusi Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) serta Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak (MUDENR), mencerminkan komitmen negeri ini dalam mempromosikan pembangunan mampan dan bertanggungjawab secara sosial.

Usaha tersebut sekali gus memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab serantau bagi amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta pembangunan inklusif.

Beliau berkata demikian dalam sidang media SIAC 2026 di Kuching, hari ini.

SIAC 2026 dijadual berlangsung dari 23 hingga 25 November depan di Hotel Pullman Kuching, dan dijangka dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Persidangan tiga hari itu dijangka menghimpunkan ratusan delegasi tempatan dan antarabangsa, termasuk dari Belanda serta negara-negara ASEAN.

Antara pengisian utama SIAC 2026 ialah sesi pleno, ucaptama, pembentangan teknikal, perbincangan panel, bengkel, forum dan pameran yang memberi tumpuan kepada pengukuhan amalan Penilaian Impak Sosial di peringkat serantau.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok