JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap pelakon antarabangsa tersohor yang juga Duta Setiakawan Pelancongan Melaka, Datuk Fan Bingbing, di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Selasa lalu 12 Mei.
Sesi menghadap tersebut turut dihadiri oleh pasukan produksi filem terbaharu beliau, Mother Bhumi, termasuk pengarah pemenang anugerah antarabangsa, Chong Keat Aun, penerbit Wong Kew Soon, serta pengurus beliau, Jersey Chong yang merupakan anak kelahiran Johor.
Fan Bingbing kini memainkan peranan aktif dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan industri perfileman global.
Filem Mother Bhumi yang dibintangi beliau merupakan naskhah tempatan yang mengangkat elemen sejarah, dongeng rakyat, dan kepercayaan mistik di Kedah sekitar era lewat 1990-an.
Filem ini bukan sahaja mempamerkan kepelbagaian budaya Malaysia, malah telah mengharumkan nama negara menerusi pencapaian cemerlang di festival filem antarabangsa berprestij seperti Golden Horse Awards dan Tokyo International Film Festival.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #SultanIbrahim #FanBingbing #MotherBhumi #FilemMalaysia
Back