• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 May 2026 | 01:20 PM

Atlet Muda Sarawak, Lee Li Hsuen Rangkul Emas Di Kejohanan Lawan Pedang Remaja Perak 2026

IPOH - Pasukan Lawan Pedang Negeri Sarawak terus melakar kecemerlangan di peringkat kebangsaan selepas berjaya membawa pulang pingat emas menerusi Kejohanan Lawan Pedang Remaja Perak (Bawah 21 Tahun) Kali Ke-2 yang berakhir di AEON BiG Falim, Ipoh, baru-baru ini.

Pingat emas tunggal tersebut dirangkul oleh atlet berbakat, Lee Li Hsuen, yang mempamerkan aksi konsisten dan disiplin tinggi sepanjang kejohanan berlangsung pada 9 hingga 10 Mei lalu.

Kejohanan ini menjadi medan penting bagi menghimpunkan bakat-bakat muda dari seluruh negara bagi menguji tahap persediaan masing-masing.

Pencapaian ini dilihat sebagai petanda positif bagi persediaan pasukan Sarawak menjelang temasya SUKMA XXII Selangor 2026.

Semangat juang yang ditunjukkan oleh Li Hsuen dan seluruh pasukan turut mendapat pujian, sekali gus membuktikan atlet lawan pedang Sarawak kini mampu memberi saingan sengit dan berpotensi besar untuk terus bersinar di persada nasional.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #LawanPedangSarawak #SUKMA2026 #SarawakSportCorporation

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok