• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 May 2026 | 12:07 PM

Lelaki Cedera Mitsubishi Xpander Rempuh Penghadang Jalan Di Lebuh Raya Pan Borneo

BINTULU - Seorang lelaki berusia 52 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki selepas kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo, berhampiran Simpang Bakun, awal pagi tadi, 14 Mei.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.35 pagi sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian.

Setibanya di tempat kejadian, didapati sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Xpander telah merempuh penghadang jalan.

Mangsa dilaporkan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi sebelum pasukan bomba tiba.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum beliau dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #BombaSarawak #KemalanganSarawak #PanBorneo

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok