MIRI - Seorang wanita tempatan berusia awal 30-an mengalami kerugian sebanyak RM288,761 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud. Laporan polis telah dibuat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJKD) Miri pada 12 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, memaklumkan mangsa mula terjerat selepas mengenali seorang individu bernama "Chloe" melalui aplikasi Xiaohongshu pada tahun 2025.
Beliau dalam satu kenyataan berkata mangsa kemudiannya diperkenalkan kepada platform "Aetherbridge Capital / AB Limited" dan diarahkan memuat turun aplikasi tersebut. Sindiket berjaya meyakinkan mangsa kerana paparan aplikasi berkenaan menyerupai platform dagangan saham sah yang memaparkan keuntungan palsu.
Sepanjang tempoh tersebut, mangsa telah melakukan 22 transaksi pindahan wang ke pelbagai akaun syarikat.
Walau bagaimanapun, mangsa mula menyedari ditipu apabila gagal mengeluarkan wang keuntungan, malah diminta membayar "penalti" tambahan sebanyak RM50,000.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan oleh Inspektor Sisim Abd Samad.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMMiri #ScamAlert #PelaburanTidaxWujud
Back