BINTULU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Cawangan Bintulu telah melaksanakan Ops Khas Motosikal secara statik di Jalan Tun Ahmad Zaidi, pada Rabu 13 Mei.
Operasi ini bertujuan memperkasakan tahap pematuhan undang-undang serta meminimumkan risiko kemalangan di jalan raya.
Dalam operasi berkenaan, sebanyak 352 buah kenderaan telah diperiksa secara menyeluruh. Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan telah dilakukan oleh pengguna jalan raya, termasuk memandu tanpa lesen yang sah, lesen memandu tamat tempoh, serta pelbagai kesalahan melibatkan aspek teknikal kenderaan.
Selain itu, pihak JPJ turut mengambil tindakan tegas dengan menyita sebuah kereta mewah dan dua buah motosikal.
Tindakan sitaan itu dibuat selepas kenderaan terbabit dikesan tidak mempunyai perlindungan insurans serta memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh.
JPJ Sarawak menegaskan operasi seumpama ini akan terus dipergiatkan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya sentiasa terjamin.
Sumber: fb JPJ Negeri Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JPJSarawak #JPJBintulu #OpsKhasMotosikal
Back