KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan penurunan harga runcit bagi diesel, RON97, dan RON95 (tanpa subsidi) di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 14 hingga 20 Mei 2026.
Penurunan ini adalah selaras dengan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) berikutan penyusutan harga pasaran minyak dunia.
Harga runcit diesel di Semenanjung turun sebanyak 30 sen kepada RM4.87 seliter, manakala RON97 turun 20 sen kepada RM4.70 seliter.
Bagi RON95 tanpa subsidi, harganya kini ditetapkan pada RM3.87 seliter (turun 15 sen).
Walau bagaimanapun, kerajaan terus mengekalkan harga subsidi bersasar bagi golongan yang layak, termasuk harga diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan pada paras RM2.15 seliter.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #HargaMinyak #Diesel #RON97 #RON95 #KementerianKewangan
Back