KUCHING - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun dalam satu serbuan di Jalan Song, Selasa petang 12 Mei.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, dalam satu kenyataan media hari ini berkata suspek ditahan di belakang sebuah kedai makan kira-kira jam 2.45 petang hasil maklumat orang awam dan risikan berterusan.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek membawa kepada penemuan dadah disyaki jenis Ketamin seberat 8.00 gram dan cecair Ganja seberat 42.50 gram.
Nilai pasaran keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM2,700.00.
Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Ketamin, namun semakan mendapati lelaki tersebut tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Suspek kini direman selama empat hari bermula 14 hingga 17 Mei 2026 untuk siasatan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDKuching #PDRMSarawak #Narkotik #PerangDadah
Back