LUBOK ANTU - Seorang lelaki tempatan berusia lewat 50-an ditahan selepas disahkan positif dadah dalam satu Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan di kawasan Engkilili, petang tadi 13 Mei.
Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
Ketua Operasi, Inspektor Muhammad Asyraf Azmi memaklumkan bahawa operasi selama lima jam itu melibatkan kekuatan 18 anggota.
Fokus utama operasi adalah untuk membanteras aktiviti jenayah, penyalahgunaan dadah, perjudian, dan maksiat di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot.
Selain tangkapan tersebut, pihak polis turut melakukan pemeriksaan ke atas 120 buah kenderaan dan 130 individu.
Sebanyak 28 saman lalu lintas telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi berlangsung. Kes tangkapan dadah kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: fb IPD Lubok Antu
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDLubokAntu #PDRMSarawak #Engkilili #OpsBersepadu #CegahJenayah
Back