KUNDASANG - Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama rombongan berjaya ‘menawan’ puncak Gunung Kinabalu, pada 8.45 pagi hari ini.
Penolong Pengurus Taman, Unit Penyelamatan dan Krisis, Bahagian Operasi dan Penguatkuasaan Taman-Taman Sabah Julaimin Kamin berkata Tengku Hassanal bersama rombongan memulakan pendakian pada 3.07 pagi selepas tiba di Panalaban pada 3.45 petang semalam.
“Baginda tiba di pusat pemeriksaan Sayat-Sayat pada 5.05 pagi sebelum meneruskan pendakian di Kilometer 8.5 pada 6.37 pagi dan tiba di puncak Kinabalu bersama rombongan pada 8.45 pagi,” katanya kepada Bernama.
Julaimin berkata keadaan cuaca semasa mendaki sangat baik iaitu pada kira-kira 9.0 Celsius dan proses pendakian berjalan dengan selamat dan lancar.
Beliau berkata Tengku Hassanal bersama rombongan meluangkan masa hampir sejam berada di puncak Kinabalu sebelum turun semula ke Panalaban pada 9.30 pagi.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back