KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk membabitkan ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang yang dijangka melanda lapan negeri di seluruh negara sehingga jam 5.00 petang ini.
Di Semenanjung, kawasan yang terjejas meliputi seluruh negeri Perlis dan Kedah (termasuk Langkawi), serta beberapa daerah di Perak, Pahang, Selangor, dan Johor.
Manakala di Sarawak, amaran dikeluarkan bagi bahagian barat dan tengah negeri, termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, dan Bintulu (Tatau).
Di Sabah pula, kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, dan Kudat turut dijangka mengalami cuaca serupa.
Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan perubahan cuaca mendadak dan mengelakkan aktiviti di kawasan terbuka bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini akibat angin kencang atau kilat.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MetMalaysia #AmaranCuaca #RibutPetir #HujanLebat #InfoCuaca
Back