KUCHING - Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kuching akan melaksanakan penutupan dan lencongan jalan di beberapa lokasi strategik bersempena Program Kuching Muzik Festival 2026.
Program tersebut dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 17 Mei 2026 bertempat di Padang Merdeka.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Anak Chabu, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penutupan jalan akan bermula dari jam 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam pada kedua-dua tarikh berkenaan.
Jelasnya langkah ini diambil bagi memastikan kelancaran aliran trafik serta keselamatan para pengunjung festival.
Menurut beliau, antara lokasi utama yang terlibat termasuklah susur lampu isyarat RTM, Jalan Pearl, Jalan Wawasan, Jalan Tun Abang Haji Openg, serta Jalan Gambier.
Justeru orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan anggota polis yang bertugas dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #KuchingMuzikFestival2026 #InfoTrafikKuching #PDRMKuching
Back