ASAJAYA - Seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun ditemui meninggal dunia di sebuah kediaman di Kampung Sri Tajo, Asajaya, malam tadi.
Pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) buat masa ini.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan mengesahkan Balai Polis Asajaya menerima maklumat mengenai penemuan jasad mangsa pada jam 10.15 malam.
Pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Asajaya yang hadir di lokasi kemudiannya mengesahkan kematian mangsa pada jam 11.35 malam.
Jasad mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Pihak berkuasa turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi tidak sahih bagi menghormati privasi keluarga mangsa serta tidak mengganggu siasatan pihak polis yang masih dijalankan.
Sumber: fb Polis Daerah Kota Samarahan
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #KampungSriTajo #KotaSamarahan #SDR
Back