KUCHING - Projek ‘Pembinaan Talian 33kilovolt Medium Voltage Covered Conductor (MVCC) Kapit-Baleh’ dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua tahun 2027.
Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Datuk Ibrahim Baki berkata, projek yang dibiayai Sarawak Energy itu kini sedang dalam pelaksanaan dengan kos anggaran sebanyak RM62 juta.
Menurut beliau, selepas projek itu siap kelak, kementeriannya melalui Sarawak Energy juga sedang mengkaji kebolehlaksanaan penyambungan grid ke rumah-rumah panjang di sekitar kawasan Baleh.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ADUN Baleh, Nicholas Kudi Jantai pada persidangan DUN Sarawak hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Ibrahim berkata cadangan projek pembinaan MVCC serta pencawang 33/11KV bagi kawasan penempatan Tunoh juga telah dikemukakan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk pertimbangan dan kelulusan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia (RMK13).
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back