KUCHING - Seramai 4,550 penduduk di lapan buah kampung di Ulu Baram yang terdiri daripada komuniti Kayan, Kenyah dan Penan akan menjadi pemegang taruh di beberapa kawasan yang dicadangkan digazet sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datuk Len taliff Salleh berkata mereka digalakkan untuk terlibat dalam proses pewartaan dengan hadir semasa sesi libat urus yang dianjurkan oleh pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC).
Katanya, mereka juga boleh mengemukakan tuntutan-tuntutan hak adat bumiputera yang sahih dan keistimewaan sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 12, Ordinan Taman Negara dan Rizab Semulajadi, 1998.
Menurut Datuk Len, pewartaan kawasan di Ulu Baram sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya nanti akan memastikan kawasan itu diurus secara mampan, perlindungan terhadap sumber alam dan pemuliharaan biodiversiti dilaksanakan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back