• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 May 2026 | 01:30 PM

Projek Naik Taraf Stadium Negeri Perkukuh Ekosistem Bola Sepak Sarawak

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini dimaklumkan bahawa projek naik taraf Stadium Negeri dijangka menjadi pemangkin penting dalam memperkukuh ekosistem pembangunan bola sepak di negeri ini.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, kemudahan stadium yang lebih moden serta memenuhi piawaian semasa seperti Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan menyediakan persekitaran lebih kondusif bagi penganjuran pertandingan bola sepak di pelbagai peringkat.

Menurut beliau, ia termasuk Liga Premier Sarawak yang menjadi platform penting dalam pembangunan pemain tempatan dan kelab komuniti sebelum melangkah ke tahap lebih tinggi.

Ujarnya, projek naik taraf kemudahan Stadium Negeri ini bukan sahaja memberi keselesaan kepada pemain dan penyokong, malah membantu memperkukuh pembangunan bola sepak secara menyeluruh di Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ADUN Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman pada persidangan DUN Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, Dato Gerald berkata pelaksanaan program pembangunan akar umbi seperti PETRONAS Youth Football Club League (PYFCL) turut dapat diperkasa melalui penggunaan fasiliti yang lebih berkualiti bagi tujuan latihan, pertandingan serta pembangunan bakat muda secara lebih tersusun.

Tambah beliau, penglibatan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan Kuching City FC (KCFC) juga diyakini mampu memperkukuh laluan pembangunan pemain daripada peringkat akar umbi ke tahap profesional.

Katanya lagi, usaha itu secara tidak langsung akan membantu mewujudkan ekosistem bola sepak yang lebih mampan, kompetitif dan berdaya saing di Sarawak.

Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan RM7.05 juta untuk projek tersebut bagi memastikan kemudahan sukan itu lebih selamat, moden dan memenuhi piawaian semasa.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #UMobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok