KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan pelarian Malaysia, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dilaporkan telah memfailkan permohonan pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ), permohonan tersebut difailkan sejak beberapa minggu lalu sebagai usaha untuk menggugurkan semua pertuduhan jenayah persekutuan terhadapnya di negara tersebut.
Laporan tersebut memetik sumber yang mengenali perkara itu, selain merujuk kepada laman web Jabatan Kehakiman (DOJ) AS yang menyenaraikan status permohonan "Pengampunan Selepas Tamat Tempoh Hukuman" (Pardon after Completion of Sentence) di bawah nama Taek Jho Low bagi tahun ini.
Bagaimanapun, seorang pegawai White House memaklumkan kepada WSJ bahawa permohonan Low tersebut buat masa ini tidak berada dalam "radar" atau keutamaan pentadbiran White House.
Reuters setakat ini masih belum dapat mengesahkan secara bebas kesahihan laporan permohonan pengampunan tersebut daripada pihak Jho Low sendiri.
Sumber: Reuters
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #1MDB #JhoLow #DonaldTrump #WallStreetJournal
Back