• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 May 2026 | 09:04 AM

Imigresen Sarawak Tahan 27 Warga Asing Dalam Seruan Ops Selera Di Kuching

KUCHING - Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching berjaya menahan seramai 27 warga asing menerusi Ops Selera yang dijalankan di beberapa lokasi strategik sekitar bandar raya ini pada Isnin lepas 11 Mei. Serbuan berkenaan menyasarkan premis restoran dan kedai makan yang disyaki menggaji pekerja asing secara tidak sah.

Lokasi operasi meliputi kawasan Tabuan, Taman Samarindah, Pusat Perniagaan Jalan Song, dan Taman Berjaya. Kekuatan seramai 28 pegawai penguat kuasa dikerahkan bagi menjalankan pemeriksaan hasil daripada risikan berterusan. Antara kesalahan utama yang dikesan termasuklah penyalahgunaan pas lawatan sosial serta tinggal lebih masa.

Selain tangkapan warga asing, seramai lima majikan turut diberikan notis untuk hadir ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan lanjut.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menegaskan tiada kompromi terhadap majikan yang masih berdegil menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) dan operasi akan terus dipergiat di seluruh negeri. 

Sumber: fb Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #ImigresenSarawak #OpsSelera #Pati

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok