• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 May 2026 | 08:52 AM

WHO: 43,000 Penduduk Gaza Alami Kecederaan Kekal, 10,000 Melibatkan Kanak-Kanak

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan seramai 43,000 penduduk Gaza kini mengalami kecederaan kekal yang mengubah kehidupan mereka sejak konflik memuncak pada Oktober 2023.

Daripada jumlah tersebut, dianggarkan 10,000 orang merupakan kanak-kanak yang kini terpaksa berdepan masa depan dengan hilang upaya fizikal.

Wakil WHO untuk wilayah Palestin, Reinhilde Van de Weerdt, memaklumkan bahawa kecederaan anggota badan utama merupakan kes tertinggi dengan lebih 22,000 rekod, disusuli oleh 5,000 kes amputasi traumatik (kehilangan anggota badan).

Tambah beliau, lebih 50,000 individu kini memerlukan pemulihan jangka panjang, namun sistem penjagaan kesihatan di Gaza berada di tahap kritikal tanpa kemudahan pemulihan yang beroperasi sepenuhnya.

Laporan turut mendedahkan bahawa sekatan bantuan telah menyebabkan tiada peralatan pemulihan seperti kerusi roda dan anggota palsu memasuki Gaza sejak dua tahun lalu.

Sebanyak 18 penghantaran bantuan masih menunggu kelulusan, menyebabkan ramai pesakit termasuk 2,300 mangsa amputasi gagal menerima prostetik yang diperlukan.

WHO menggesa sokongan berterusan diberikan bagi membolehkan mangsa-mangsa ini menjalani kehidupan semula.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #Gaza #Palestin #WHO #PrayForGaza

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok