• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 May 2026 | 08:28 AM

Pelajar Maut Nahas Tiga Kenderaan Di Jalan Kota Samarahan-Stutong Bypass

KOTA SAMARAHAN - Seorang pelajar lelaki berusia 20 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan dua buah kereta dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Kota Samarahan-Stutong Bypass, Isnin malam 11 Mei.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Barry William, mengesahkan mangsa, Agnitius Liew, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Beliau dalam satu kenyataan berkata nahas yang berlaku sekitar jam 9.30 malam itu membabitkan sebuah motosikal Honda Dash, sebuah Proton Iswara, dan sebuah Perodua Bezza.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang dalam perjalanan dipercayai cuba memotong kenderaan lain sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Iswara dari arah UiTM Kota Samarahan. Motosikal mangsa kemudiannya tercampak dan dilanggar oleh Perodua Bezza yang mengekori dari arah belakang.

Kedua-dua pemandu kereta dilaporkan tidak mengalami kecederaan. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #KemalanganMaut #InfoKemalangan #PDRMSarawak #StutongBypass

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok