Kuching – Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 diluluskan, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.
RUU yang dibentangkan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom itu menerima sokongan memberangsangkan daripada ahli-ahli DUN.
Seramai 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah mengambil bahagian secara langsung dalam perbahasan RUU berkenaan, dengan penekanan terhadap aspek kewangan, pemantauan prestasi, serta pengukuhan integriti.
Kelulusan RUU itu membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh agenda keselamatan makanan serta memacu transformasi sektor pertanian negeri.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back