• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 May 2026 | 04:58 PM

MoU MASA - Universiti Melbourne, Buka Akses Pengajian Perniagaan Bertaraf Dunia Secara Fleksibel

KUCHING — Rakyat Sarawak kini berpeluang mengikuti pengajian perniagaan bertaraf dunia, susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Institut Pengurusan Sarawak (MASA) dengan Universiti Melbourne, Australia.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel berkata, kerjasama dengan institusi pengajian tinggi terkemuka dunia itu, selari dengan usaha kerajaan untuk memperkukuh pembangunan modal insan negeri.

Menurut beliau, MoU tersebut membolehkan rakyat Sarawak, terutama golongan yang bekerja untuk melanjutkan pengajian secara fleksibel melalui kaedah dalam talian.

Pendekatan itu bukan sekadar pembelajaran berasaskan rakaman, sebaliknya melibatkan sesi interaktif secara langsung, pembelajaran kendiri serta sokongan akademik yang berterusan

Selain itu, MASA juga turut menyediakan sesi tutorial percuma yang dikendalikan oleh pakar tempatan, bagi membantu pelajar menamatkan pengajian dengan lebih berkesan.

Program berkenaan merangkumi 12 subjek dan boleh diselesaikan dalam tempoh setahun bagi pengajian sepenuh masa.

Namun, pelajar digalakkan untuk mengambil tempoh yang lebih fleksibel antara 18 hingga 24 bulan, agar pengalaman pembelajaran dilaksanakan secara lebih menyeluruh.

Tambah beliau, pengambilan pelajar bagi program itu akan dilaksana dua kali setahun iaitu pada Januari dan September melalui pendekatan kohort.

Tujuannya bagi membolehkan pelajar untuk mengikuti pengajian secara berkelompok yang diyakini mampu meningkatkan motivasi serta kadar kejayaan pelajar.

Tambah beliau, MoU tersebut bukan sahaja membuka akses kepada pendidikan berkualiti tinggi, malah membangunkan bakat dan kepimpinan yang mampu menyumbang kepada masa depan Sarawak.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan MoU antara kedua-dua pihak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok