KUCHING - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Unit Operasi (Tim Alpha) Kuching telah melaksanakan Ops Khas Bas Sekolah dan Ops Kenderaan Mewah di sekitar bandaraya ini pada Isnin 11 Mei.
Operasi yang dijalankan secara rondaan dan pemantauan itu bertujuan meningkatkan tahap pematuhan undang-undang jalan raya serta memastikan keselamatan kenderaan awam.
Dalam operasi tersebut, sebanyak 90 buah kenderaan telah diperiksa. Hasilnya, pihak JPJ telah menyita sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz dan sebuah bas sekolah selepas dikesan melakukan kesalahan serius iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta ketiadaan perlindungan insurans.
Antara kesalahan lain yang dikesan termasuklah pemandu tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, melanggar syarat permit Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), serta pelbagai kesalahan teknikal.
JPJ Sarawak menegaskan akan terus mempergiatkan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa berada pada tahap tertinggi.
Sumber: fb JPJ Negeri Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JPJSarawak #OpsKhas #KeselamatanJalanRaya
Back