SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu berjaya menahan lapan individu, termasuk enam kanak-kanak lelaki, dalam Operasi Cegah Bil. 12/2026 yang dijalankan di sekitar daerah ini malam tadi 11 Mei.
AADK Daerah Sibu dalam hantaran di Facebook rasmi berkata kesemua individu yang ditahan berusia antara 15 hingga 39 tahun disahkan positif dadah jenis Methamphetamine (syabu) hasil ujian saringan air kencing.
Siasatan awal mendedahkan faktor keluarga yang berpecah-belah serta ketiadaan pengawasan penjaga menjadi punca utama penglibatan golongan bawah umur tersebut dalam penyalahgunaan dadah.
Operasi tersebut turut menahan sepasang lelaki dan wanita dewasa yang ditemui bersekedudukan di salah satu lokasi serbuan.
Operasi berkenaan dilaksanakan di bawah pemerkasaan Akta 283 (Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan 1983) yang kini memberi penekanan lebih mendalam terhadap pendekatan rawatan dan pemulihan (RP).
Langkah ini bertujuan memastikan individu yang terjebak mendapat bantuan sewajarnya bagi merealisasikan aspirasi "Dadah Terkawal 2030".
Sumber: fb AADK Daerah Sibu
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #AADKSarawak #AADKSibu #DadahTerkawal2030
Back