• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 May 2026 | 03:03 PM

Dua Lelaki Ditahan Positif Dadah Dalam Operasi Khas di Saratok dan Kabong

SARATOK - Dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah berakhir selepas mereka ditahan dalam satu operasi khas di sekitar kawasan Saratok dan Kabong, semalam 11 Mei.

Operasi yang bermula jam 2.00 petang itu dijalankan oleh pasukan Petugas Khas Op Tapis IPD Saratok hasil maklumat orang awam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, mengesahkan tangkapan melibatkan seorang pemuda berusia 21 tahun dari Niah dan seorang lelaki berusia 26 tahun dari Kabong.

Beliau dalam satu kenyataan berkata kedua-dua suspek ditahan dalam serbuan berasingan selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

Hasil ujian saringan awal air kencing mengesahkan kedua-duanya positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihak polis menegaskan komitmen berterusan untuk memperkasakan operasi bagi membanteras gejala dadah sehingga ke peringkat akar umbi di daerah berkenaan.

BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDSaratok #OpsTapis #SayNoToDrugs 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok