PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Kesihatan Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, menyempurnakan Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Majlis yang dihadiri kira-kira 2,200 jururawat dari seluruh negara itu dianjurkan oleh Persatuan Jururawat Malaysia bagi menghargai jasa golongan tersebut sebagai tulang belakang sistem kesihatan.
Bertemakan “Our Nurses, Our Future: Empowered Nurses Save Lives”, Dato Hanifah menegaskan bahawa jururawat adalah aset negara yang memberikan rawatan dengan penuh empati dan profesionalisme.
Beliau turut menyatakan komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk terus memperkasakan profesion ini melalui latihan berterusan serta pembangunan kerjaya yang mampan bagi memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan kekal di tahap tertinggi.
Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada tokoh-tokoh jururawat sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan cemerlang mereka dalam memartabatkan bidang kejururawatan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Sumber: fb Hanifah Hajar Taib
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #HariJururawatAntarabangsa #HanifahHajarTaib #KKM
Back