• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 May 2026 | 01:08 PM

Sarawak Sasar 5 Tan Hidrogen Sehari di Loji Rembus Menjelang 2032

KUCHING – Pengeluaran hidrogen di Loji Hidrogen Rembus, Kota Samarahan akan dilaksanakan secara berfasa sebagai antara komponen utama dalam ekosistem tenaga bersih Sarawak.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, loji berkenaan dijangka mula menghasilkan satu tan hidrogen sehari menjelang suku pertama tahun 2027.

Pengeluaran itu kemudiannya akan ditingkatkan menjadi tiga tan sehari pada tahun 2029 bagi Fasa Dua, sebelum meningkat kepada lima tan sehari pada Fasa Tiga menjelang tahun 2032.

Menurut beliau, pembangunan industri hidrogen di Sarawak dilaksanakan secara tersusun bagi memastikan setiap peringkat rantaian nilai dapat dibangunkan dengan berkesan.

Pendekatan berfasa itu bukan sahaja memberi ruang kepada perkembangan teknologi dan infrastruktur, malah memastikan kesiapsiagaan ekosistem sokongan termasuk pengeluaran, pemprosesan dan penggunaan akhir.

Sarawak memfokuskan kepada pembangunan keseluruhan rantaian nilai hidrogen, daripada pengeluaran hingga penggunaan domestik, khususnya dalam sektor pengangkutan awam.

Pengeluarannya juga akan menyokong operasi Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), termasuk Transit Aliran Pantas Autonomi (ART) dan bas pengantara berkuasa hidrogen.

Beliau turut menjelaskan bahawa pendekatan berstruktur itu penting untuk memperkukuh kedudukan Sarawak dalam ekonomi hidrogen, selain membuka potensi jangka panjang termasuk peluang eksport pada masa depan.

Pembangunan Loji Hidrogen Rembus dilihat sebagai antara komponen penting dalam pelan jangka panjang Sarawak untuk mempercepat peralihan kepada tenaga bersih, selain memperkukuh infrastruktur pengangkutan bandar yang lebih mampan dan rendah karbon.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Dalam sesi tersebut, See Chee How meminta penjelasan mengenai usaha Sarawak ke arah hab tenaga hidrogen bersih serta kemajuan dalam mendapatkan perjanjian pengambilan jangka panjang antarabangsa bagi produk hidrogen negeri ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok