BINTANGOR - Pasukan "Task Force" IPD Meradong berjaya menahan tiga lelaki tempatan dalam satu operasi di bawah Ops Tapis Khas Sarawak Bil. 05/2026, malam tadi (11 Mei).
Suspek yang berusia antara 29 hingga 50 tahun itu ditahan di sekitar kawasan daerah Bintangor kira-kira jam 9.30 malam kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa hasil ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek mendapati mereka positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.
Katanya, semakan rekod mendapati salah seorang suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala dua lagi suspek tidak mempunyai rekod sebelum ini.
Beliau berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pihak polis menegaskan komitmen mereka dalam memerangi dadah dan meminta masyarakat untuk terus bekerjasama menyalurkan maklumat bagi menjaga ketenteraman daerah Meradong.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDMeradong #OpsTapisKhas #SayNoToDrugs
Back