• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 May 2026 | 11:27 AM

Lima Buruh Ladang Ditahan Dalam Kereta: Cuba Buang Syabu Semasa Serbuan di Selangau

MUKAH - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah berjaya menahan lima lelaki tempatan berusia antara 32 hingga 46 tahun dalam satu serbuan di tepi jalan kawasan Bukit Kerangan, Sungai Kua, Selangau, semalam 11 Mei.

Kesemua suspek yang bekerja sebagai buruh ladang sawit itu ditahan sekitar jam 12.30 tengah hari ketika sedang berada di dalam sebuah kenderaan pick-up.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal bin Alias dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa salah seorang suspek cuba melupuskan bukti dengan mencampakkan satu kotak rokok ke dalam semak berhampiran sebaik menyedari kehadiran polis.

Bagaimanapun, katanya pemeriksaan lanjut menemui dua keratan tiub straw berisi kristal dipercayai dadah jenis Methamphetamine (Syabu) seberat 0.86 gram di dalam kotak tersebut.

Menurut beliau, hasil ujian saringan air kencing mengesahkan kesemua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Tegasnya, kesemua mereka kini direman selama empat hari sehingga 16 Mei 2026 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDMukah #OpsTapis #SayNoToDrugs #PDRMSarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok