KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan mendalam kepada seluruh warga jururawat di Malaysia sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia.
Beliau menyifatkan profesion tersebut sebagai bidang mulia yang menuntut kekuatan jiwa serta ketulusan hati yang luar biasa dalam melayani pesakit.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini, Perdana Menteri menegaskan bahawa peranan jururawat bermula sejak awal kelahiran manusia sehinggalah ke penghujung usia.
Anwar turut memuji ketelitian dan pengalaman warga jururawat yang menjadi tonggak utama dalam membantu doktor memberikan rawatan terbaik, selain menjadi sumber kekuatan kepada keluarga pesakit dalam situasi cemas.
"Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan kalian," katanya bagi menghargai sumbangan besar golongan berkenaan yang menjadi antara nadi utama sistem kesihatan negara.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #HariJururawatSedunia #PMAnwarIbrahim #TerimaKasihJururawat #WiraNegara
Back