BETONG - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Betong berjaya menahan dua lelaki tempatan dalam satu operasi di bawah Ops Tapis Khas, pagi semalam 11 Mei.
Suspek yang masing-masing berusia 29 dan 48 tahun itu ditahan sekitar jam 11.40 pagi kerana memiliki dadah dan disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran serta penyalahgunaan bahan terlarang di kawasan Betong.
Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Au bin Wan Malek dalam kenyataannya memaklumkan bahawa hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.
Katanya, semakan rekod lampau turut mengesahkan kedua-dua individu tersebut mempunyai sejarah kesalahan berkaitan dadah sebelum ini.
Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama bagi kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.
Pihak polis menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti narkotik dan menyeru masyarakat Betong untuk terus menyalurkan maklumat bagi membantu membanteras jenayah ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDBetong #OpsTapisKhas #SayNoToDrugs
Back