KUCHING - Kerajaan Sarawak memulakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) selama dua hari bermula semalam 11 Mei di kawasan tadahan tiga empangan strategik iaitu Empangan Batang Ai, Bakun, dan Murum.
Langkah intervensi ini diambil bagi meningkatkan potensi hujan susulan keadaan cuaca kering dan perubahan iklim yang menjejaskan paras air.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, operasi ini penting bagi menjamin kestabilan penjanaan tenaga hidroelektrik serta kelestarian bekalan air mentah.
Katanya, operasi teknikal ini dilaksanakan pada altitud 5,000 hingga 9,000 kaki menggunakan bahan higroskopik dengan kerjasama NADMA, MetMalaysia, dan TUDM.
Beliau dalam satu kenyataan menambah, OPA bukan sahaja bertujuan menyokong paras air empangan kritikal, malah berfungsi sebagai usaha mitigasi awal terhadap risiko jerebu dan fenomena cuaca ekstrem yang boleh menjejaskan kualiti udara dan kesejahteraan rakyat Sarawak.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PembenihanAwan #DouglasUggah #Bakun #Murum #BatangAi
Back