PUTRAJAYA - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku buli susulan laporan tular melibatkan sebuah institut pendidikan guru (IPG) di Sarawak, Jumaat lalu.
IPGM kini sedang menjalankan siasatan terperinci dan bersedia mengenakan hukuman tatatertib paling berat, termasuk tindakan buang institut terhadap pelatih yang didapati bersalah.
Menurut kenyataan rasmi IPGM semalam, setiap pelatih guru diwajibkan memiliki disiplin serta sahsiah yang tinggi selaras dengan peranan mereka sebagai bakal pendidik.
Kejadian yang didakwa berlaku pada awal pagi Jumaat itu membabitkan sekumpulan penuntut senior yang didakwa melakukan penghinaan, menggunakan kata-kata kesat, serta tindakan tidak bermoral terhadap sekumpulan penuntut junior lelaki sesi 2025/2030.
Langkah tegas ini diambil bagi memastikan budaya buli tidak menular dalam institusi perguruan, selain memelihara imej profesion keguruan yang menjadi contoh kepada masyarakat dan generasi akan datang.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPGM #IPGSarawak #HentikanBuli #KPM
Back