MAKKAH - Pelakon veteran, Mahmud Ali Bashah, 66, menyifatkan jemputan menjadi tetamu Allah bagi musim haji 1447H sebagai satu titik tolak besar dalam kehidupannya.
Beliau yang telah berkecimpung selama 37 tahun dalam dunia seni mengakui pemergian rakan-rakan seindustri banyak memberi kesedaran tentang hakikat kematian dan kepentingan membuat persediaan akhirat.
Anak jati Sarawak ini mengakui pernah leka dengan populariti pada masa muda, namun pengalaman di Tanah Suci memberikan ketenangan luar biasa yang membawa kepada keinsafan.
Meskipun pernah membintangi produksi antarabangsa seperti Anna and the King, beliau kini memilih untuk kembali menetap di kampung halamannya di Sarawak bagi menjalani kehidupan yang lebih tenang dan jauh daripada hiruk-piruk dunia glamor.
Walaupun telah memperlahankan aktiviti seni, Mahmud menyatakan beliau masih terbuka untuk menerima tawaran lakonan, namun lebih selektif dengan mengutamakan naskhah yang membawa mesej positif dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MahmudAliBashah #Haji2026 #AnakSarawak #ArtisVeteran #InspirasiDiri
Back