• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

11 May 2026 | 03:32 PM

KWSP Perkenal i-Legasi dan i-Emas; Fokus Kelangsungan Pendapatan Persaraan

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan rangkaian kemudahan digital dan perkhidmatan baharu, iaitu i-Legasi, i-Emas, dan Kalkulator Matlamat Persaraan. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu ahli mengurus simpanan secara lebih mampan serta memastikan jaminan kewangan yang stabil selepas tamat tempoh perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, dalam kenyataan hari ini menjelaskan bahawa penjenamaan semula pengeluaran bulanan kepada i-Emas adalah untuk menggalakkan ahli menerima bayaran secara berkala berbanding pengeluaran penuh.

Jelasnya, kaedah ini membolehkan baki simpanan ahli terus menjana dividen tahunan di samping melindungi mereka daripada risiko penipuan (scam) dan kehabisan simpanan terlalu awal.

Selain itu, katanya kemudahan i-Legasi diperkenalkan bagi membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan kepada akaun KWSP ahli keluarga terdekat selepas mencapai umur pengeluaran penuh.

Bagi memudahkan perancangan masa hadapan, ahli kini boleh menggunakan Kalkulator Matlamat Persaraan di aplikasi i-Akaun untuk membuat unjuran perbelanjaan berdasarkan gaya hidup yang diinginkan.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #KWSP #EPF #iLegasi #iEmas #PersaraanMampan

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok