KUCHING - Sarawak masih mampu mengekalkan kestabilan ekonomi hasil pengurusan kewangan yang berhemah, dasar pembangunan yang jelas serta pentadbiran yang cekap.
Yang Di-Pertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan negeri di bawah kepimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah melaksanakan pelbagai langkah proaktif khususnya dalam membantu mengurangkan beban rakyat.
Katanya, pelbagai bantuan dan inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.
Sehubungan itu, semua pihak perlu memperkukuh kerjasama, meningkatkan produktiviti dan mempercepat usaha membangunkan ekonomi supaya lebih berdaya tahan, inklusif dan mampan dalam menghadapi cabaran global yang berterusan.
Pada masa yang sama, beliau menegaskan kesejahteraan rakyat hendaklah sentiasa menjadi keutamaan supaya tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan negeri.
Tun Wan Junaidi berkata demikian dalam ucapan sempena pembukaan Mesyuarat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di Kuching hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back