• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

11 May 2026 | 10:49 AM

AirBorneo Mula Operasi Jet Julai Ini; Fokus Laluan Serantau dan Peluang Kerja Mahir

KUCHING - Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo, dijadual memulakan operasi jet pertamanya pada Julai ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengesahkan bahawa laluan awal akan melibatkan destinasi strategik iaitu Kuala Lumpur, Singapura, Kota Kinabalu, dan Jakarta.

Berucap pada Sambutan Hari Pekerja Peringkat Sarawak 2026 di BCCK semalalm 10 Mei, beliau menegaskan bahawa penubuhan AirBorneo bukan sekadar mengenai konektiviti, tetapi juga pemangkin kepada penciptaan peluang pekerjaan mahir seperti juruterbang dan teknisyen penerbangan bagi anak tempatan.

Selain sektor udara, Premier turut menonjolkan kemajuan sistem Transit Rel Autonomi (ART) berasaskan hidrogen yang dibina menggunakan dana sendiri, serta pembangunan infrastruktur jalan raya yang drastik.

Abang Johari turut berkongsi berita gembira bahawa jambatan terpanjang di Malaysia merentasi sungai, iaitu Jambatan Batang Lupar, dijangka dibuka kepada pengguna pada minggu ketiga bulan ini. 

Sumber: fb Sarawakku 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #AirBorneo #AbangJo #SarawakMaju2030 #ART #JambatanBatangLupar

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok