• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

11 May 2026 | 10:27 AM

Tindakan Pantas Bomba Selamatkan Pelajar Hadapi Tekanan Perasaan di Serdang

SERDANG - Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu insiden di sebuah asrama institut di sini, pagi semalam 10 Mei.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.37 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan ke lokasi.

Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat yang dibantu unit EMRS berjaya menenangkan mangsa melalui pendekatan pujukan bagi menghalang pelajar tersebut daripada bertindak di luar kawalan.

Operasi yang berlangsung selama kira-kira 30 minit itu tamat sepenuhnya pada jam 8.06 pagi selepas mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan fizikal.

Mangsa kini berada di bawah pemantauan pihak hospital bagi menerima rawatan serta sokongan perubatan khusus berkaitan masalah kebimbangan (anxiety) dan halusinasi.

Pihak pengurusan institusi juga telah dimaklumkan untuk tindakan susulan dan pemberian sokongan mental kepada pelajar tersebut.

Sumber: fb Info Kemalangan & Bencana Malaysia 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #SeriKembangan #Serdang #KesihatanMental #BBPSeriKembangan

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok