• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

11 May 2026 | 10:18 AM

Projek Jejantas SK Nanga Gayau RM2.38 Juta Dijadual Siap September Depan

BETONG - Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Pembinaan Jejantas Pejalan Kaki di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Gayau bagi meninjau perkembangan terkini infrastruktur pendidikan tersebut pada Ahad 10 Mei.

Projek bernilai RM2.38 juta itu dibiayai sepenuhnya oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA). Ia melibatkan pembinaan struktur jejantas sepanjang 36.4 meter yang dilengkapi dengan bumbung, pagar keselamatan, serta sistem pencahayaan dan perlindungan kilat.

Projek yang bermula pada September tahun lalu itu kini berada di landasan tepat untuk disiapkan menjelang 14 September 2026.

Datuk Amar Douglas Uggah, yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, menegaskan bahawa projek ini merupakan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan keselamatan warga sekolah dan penduduk setempat terjamin.

Kemudahan ini bakal menyediakan akses laluan yang lebih kondusif dan sistematik, sekali gus memperkukuh pembangunan infrastruktur luar bandar di Bahagian Betong.

Sumber: fb JKR Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #BDDA #SKNangaGayau #DouglasUggahEmbas #JKRSarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok