ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah fenomenal dalam arena bola sepak negara selepas membelasah Kelantan The Real Warriors (TRW) 14-1 pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi (10 Mei).
Kemenangan besar ini bukan sahaja menjadi jurang gol terbesar dalam sejarah liga, malah menyaksikan JDT menyamai rekod dunia tanpa kalah dalam 108 perlawanan yang sebelum ini dipegang oleh kelab Ivory Coast, ASEC Mimosas.
Penyerang utama, Bergson Da Silva, menjadi watak pemusnah dengan meledak enam gol, manakala Manuel Hidalgo menyumbangkan hatrik.
Kemenangan ini mengesahkan kejuaraan Liga Super ke-12 berturut-turut buat Harimau Selatan di bawah kendalian Xisco Munoz, yang menamatkan musim ini tanpa sebarang kekalahan.
Sementara itu, aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur berakhir dengan keputusan seri 2-2 antara KL City FC dan Negeri Sembilan FC.
Perlawanan tersebut dicemari dengan ketegangan di tepi padang yang menyaksikan ketua jurulatih KL City, Vidakovic Savic Risto, dan pembantunya dilayangkan kad merah susulan bantahan terhadap keputusan VAR.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #LigaSuper2026 #JDT #HarimauSelatan
Back