KUCHING - Kejohanan Terjun 61st MILO/PRAM Malaysia Invitational Age Group (MIAG) 2026 melabuhkan tirainya semalam 10 Mei dengan lakaran sejarah baharu apabila mencatatkan penyertaan tertinggi seramai 114 atlet.
Kejohanan yang berlangsung di Pusat Akuatik Pandelela Rinong ini menyaksikan peningkatan ketara berbanding edisi tahun lalu di Bukit Jalil.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, menyatakan rasa bangga atas perkembangan positif sukan akuatik negara.
Beliau menyifatkan penganjuran kali ini sebagai penanda aras terbaik bagi pembangunan bakat muda, selain menjadi platform kelayakan ke Sukan Asia dan persediaan menghadapi SUKMA 2026.
Kontinjen Sarawak membuktikan statusnya sebagai "kuasa besar" sukan terjun apabila muncul juara keseluruhan dengan kutipan 18 pingat emas, jauh meninggalkan pencabar terdekat, Selangor, yang memperoleh 5 emas.
Kejohanan selama tiga hari ini turut dimeriahkan dengan penyertaan antarabangsa dari Singapura dan Chinese Taipei.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MIAG2026 #SarawakJuara #PusatAkuatikPandelelaRinong
Back