KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih belum memutuskan sebarang calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan datang.
Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan mengenai calon yang akan bertanding.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai hasrat Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, untuk bertanding pada PRN akan datang.
Menurut Datuk Patinggi Abang Johari, hasrat tersebut merupakan pendirian peribadi Datuk Seri Alexander dan pihak parti akan mempertimbangkannya apabila tiba pada peringkat itu.
Terdahulu, media tempatan semalam melaporkan Datuk Seri Alexander tidak menolak kemungkinan untuk bertanding pada PRN Sarawak akan datang sekiranya diberi peluang serta mendapat persetujuan daripada parti.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back