KUCHING – Modal insan yang berkualiti, berkemahiran tinggi dan berdaya tahan, disifatkan sebagai kekuatan sebenar Sarawak dalam mendepani cabaran ekonomi serta perubahan landskap pekerjaan masa kini.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, kerajaan negeri komited memperkasa tenaga kerja tempatan menerusi tiga tonggak utama.
Menurut beliau, langkah tersebut merangkumi peluasan peluang pekerjaan berteraskan kemahiran tinggi, memperkasa agenda peningkatan kemahiran tenaga kerja tempatan serta memastikan penyertaan rakyat Sarawak dalam sektor-sektor strategik.
Matlamatnya jelas untuk menjadikan Sarawak sebagai peneraju industri, pencipta peluang dan pemimpin masa depan, bukannya sekadar tenaga kerja semata-mata.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Sambutan Hari Pekerja 2026 Peringkat Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back