KUCHING – Kerajaan Sarawak hari ini melancarkan platform digital JobSarawak, sebagai langkah memperkukuh sistem padanan pekerjaan serta menyediakan data pasaran buruh secara masa nyata.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif itu selaras dengan keperluan ekonomi semasa dan agenda transisi ekonomi negeri.
Menurut beliau, platform tersebut dibangunkan susulan peningkatan ketara peluang pekerjaan dan kekosongan jawatan hasil perkembangan ekonomi Sarawak ketika ini.
Selain itu, satu papan pemuka juga turut dibangunakan yang memberikan gambaran lebih menyeluruh mengenai situasi pekerjaan serta keperluan tenaga kerja mengikut bidang yang diperlukan majikan di Sarawak.
Sehubungan itu, pendekatan menerusi JobSarawak dilihat lebih komprehensif berbanding sistem terdahulu kerana mampu menyediakan data yang lebih tepat dan relevan.
Ia juga seiring dengan usaha kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan yang selaras dengan misi transisi ekonomi Sarawak.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Sambutan Hari Pekerja 2026 Peringkat Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back