• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

09 May 2026 | 11:40 PM

Lelaki Berusia 23 Tahun Berdepan 6 Pertuduhan Pecah Rumah dan Lupus Harta Curi

BAU - Seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bau semalam 8 Mei atas enam pertuduhan melibatkan jenayah pecah rumah serta pelupusan harta curi yang dilakukan di sekitar daerah ini.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan dua kesalahan pecah rumah di lokasi berbeza sekitar Bau antara 16 April hingga 28 April 2026.

Selain itu, tertuduh juga berdepan empat pertuduhan melupuskan harta hasil curi tersebut di sebuah premis kitar semula di Jalan Batu Kawa-Matang, Kuching.

Pertuduhan dibacakan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan bagi kesalahan pecah rumah dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan bagi kesalahan melupuskan harta curi.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Kelas 2, Tuan Danny Ngumbang Anak Engkujang.

Mahkamah menawarkan jaminan berjumlah RM36,000 (RM6,000 bagi setiap pertuduhan), namun tertuduh gagal membayar jaminan tersebut dan diperintahkan ditahan reman di Penjara Puncak Borneo.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Mei 2026.

Sumber: fb Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MahkamahBau #PDRMSarawak #InfoJenayah

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok