• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

09 May 2026 | 11:06 PM

Hatrik Jerome Etame Bantu KCFC Benam Melaka FC 3-1, Rampas Semula Tangga Kedua Liga Super

Melaka – Jaringan hatrik oleh Jerome Etame memastikan kemenangan buat Kuching City FC (KCFC) dalam aksi Liga Super Malaysia menentang Melaka FC di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Kemenangan 3-1 tersebut sekali gus meletakkan KCFC kembali ke tangga kedua Liga Super.

Perlawanan bermula seimbang apabila kedua-dua pasukan saling bertukar serangan.

Namun, ia masih belum diterjemahkan kepada jaringan hasil pertahanan kemas yang ditampilkan barisan pertahanan kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, kebuntuan itu akhirnya terlerai apabila Etame membuka akaun jaringannya pada minit ke-40 selepas berjaya menyambar bola dalam kedudukan sukar untuk meletakkan KCFC di hadapan 1-0.

Jaringan itu sekali gus menamatkan aksi separuh masa pertama dengan kelebihan satu gol buat KCFC menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, Melaka FC tampil lebih agresif dan berjaya memperoleh gol penyamaan hanya tiga minit selepas wisel separuh masa kedua ditiup.

Jaringan tersebut diperoleh menerusi pemain gantian, Umar Hakeem, apabila mudah menewaskan Haziq Nadzli dalam situasi satu lawan satu.

Tersentak dengan jaringan itu, KCFC kembali mengatur serangan bagi mencari gol untuk kembali mengukuhkan kedudukan.

Peluang tersebut hadir pada minit ke-71 apabila Etame sekali lagi menemui sasaran, kali ini menerusi tandukan tepat ke arah kanan penjaga gol hasil hantaran lintang Jimmy Raymond.

Pada minit ke-88, Etame melengkapkan hatrik peribadinya sekali gus menutup aksi perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Kemenangan itu meletakkan semula KCFC di tangga kedua Liga Super dengan 50 mata, manakala Melaka FC kekal di tangga ke-11 dengan 18 mata.

KCFC kini hanya berbaki satu lagi perlawanan untuk menutup saingan Liga Super musim ini apabila dijadual bertemu Kuala Lumpur City FC di Stadium Negeri pada 17 Mei ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok